PROFIL SYARIKAT

PROFIL SYARIKAT

ARTMANIA SIGN, merupakan sebuah perniagaan pemilikan tunggal yang ditubuhkan pada 7hb. September 2007 di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956  dengan nombor pendaftaran perniagaan RA0022865 - M.

Syarikat berstatus 100% Bumiputera ini menawarkan rangkaian perniagaan meliputi membekal dan memasang papantanda (signboard) seperti iklan,penunjuk arah dan lain-lain. Selain itu, syarikat ini turut menawarkan perkhidmatan pencetakan (printing), mereka bentuk (designing), membekal dan memasang no plat kenderaan, dan melakukan kerja-kerja kimpalan (welding).
           

ARTMANIA SIGN turut dibekalkan dengan tenaga kerja yang berdedikasi dan penuh tanggungjawab dalam melaksanakan setiap tugas yang diamanahkan bagi memastikan hasil kerja adalah amat membanggakan.


WAWASAN, MISI DAN OBJEKTIF

WAWASAN SYARIKAT
Menyediakan perkhidmatan berkaitan pengiklanan dan kerja-kerja lain dalam memastikan kemudahan untuk pengguna

MISI SYARIKAT
  • Untuk mencapai wawasan syarikat, yang mengutamakan kualiti kerja dan keselamatan semua pihak.
  • Oleh itu, kerja-kerja perlu dijalankan oleh pekerja yang berpengetahuan tinggi dan luas pengalaman.

OBJEKTIF SYARIKAT
  • Memberikan perkhidmatan yang terbaik pada harga yang berpatutan

  • Mendapatkan pelanggan baru dari masa ke semasa disamping mengekalkan pelanggan sedia ada
  • Menjadi sebuah syarikat bumiputera yang berdaya saing dan kompetitif dalam dunia perniagaan yang semakin mencabar



PERNIAGAAN SYARIKAT

1.      MEMBEKAL DAN MEMASANG PAPAN TANDA IKLAN
Syarikat kami membekal dan memasang papan tanda iklan sejajar dengan peredaran masa kini dengan harga-harga yang berpatutan

2.      MELAKUKAN KERJA-KERJA PENCETAKAN
Syarikat kami melakukan kerja-kerja pencetakan menggunakan teknologi komputer mengikut peredaran masa dengan harga yang berpatutan

3.      MEMBEKAL DAN MEMASANG NOMBOR PLAT KENDERAAN
Syarikat kami membekal dan memasang nombor plat kenderaan mengikut kehendak pelanggan dengan harga yang berpatutan

4.      MELAKUKAN KERJA-KERJA KIMPALAN
Syarikat kami juga melakukan kerja-kerja kimpalan besi mengikut citarasa pelanggan dengan kualiti yang memuaskan dengan harga yang berpatutan
Seperti bumbung, pagar, perabut dan lain-lain yang berkaitan